Friday 4 November 2011

Ting!!!!!

Ting!!! Dapat satu ilham ....terlelap tghari td da dpt satu idea. IDEA ape?????? Idea mengenai ape benda yang nak saya sampaikan pada ceramah saya nanti! Nak tau???? Tunggu....wait n see na...hahahaha lalalalalallalalla......saje nk kasi koang suspen skit...hiihiihihi...ok nk out kejap nk cr maklumat mengenai ceramah! Harap2 dptla AHA!!!!!

Thursday 3 November 2011

Good Night everybody ::~

          ok...banyak da yang dipost hari ni....harap banyak manfaat yang akan 
diperolehi bersama . Baru jer sampai kampung sbb tu la rajin update blog...line laju!!! hehehe... hari pon da lewat mlm....selamat malam semua....disini saya selitkan doa tidur supaya anda semua selamat beramal ~ 




DOA SEBELUM TIDUR
'Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut '


Dengan nama Engkaulah ya Allah aku hidup dan aku mati

5 Tanda Hati Keras Membatu


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melakukan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.


Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud:“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (surah At-Taubah : 54)


2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh samasekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.


Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya : “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku” (Surah Al – Qaf : 45)


3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Hikmah dan keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata – mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.


4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamalkan yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemiskinan dan dosa.


5. Tidak belajar dengan ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa – peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
“Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula mengambil pelajaran”. (Surah At-Taubah : 126)



Info berguna dlm kehidupan

  • Menghargai orang lain

    Ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu, menegur dan yang memberikan anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih' yang ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati anda, sejauh dan setulus yang mungkin.

    Dengan ini, anda dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang pemaaf, malah dalam jangka masa panjang dapat menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda anda. Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.

    Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. Di waktu pagi, hargai ibu anda yang menyediakan sarapan untuk anda dengan ucapan terima kasih setulus hati supaya dia rasa cukup dihargai. Hargai jasa ketua anda yang telah mengambil anda sebagai pekerjanya di organisasi miliknya. Hargai kekasih anda yang selalu menyayangi anda dan menjadikan anda penyeri hidupnya.

    Akhir sekali,  hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.

    Kekurangan sebagai kekuatan

    Biasanya, apabila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia dan lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa 'kecil', rendah diri dan tak setanding orang lain. Perasaan begitu sebenarnya adalah negatif. Anda haruslah menjadikan kekurangan dan kelemahan anda sebagai kekuatan anda. Jadikan kekurangan anda sebagai sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri.

    Mungkin mereka hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.

    Janganlah anda merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana anda hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain. Letakkan  matlamat untuk diri anda dan jangan fokus untuk bersaing, tapi fokuskan untuk mencapai matlamat anda. Anda akan nampak kemajuan dalam diri sebagai kesannya.
    Moga tips ini memberi semangat buat anda.
  • Bagaimana untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa.

    Pelbagai cara dapat dipraktikkan untuk menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa tetapi keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi dan kesabaran anda. Di sini, terdapat 7 tips asas untuk menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara-cara untuk berdepan dengan emosi tersebut.

    1. Latih minda melupakan kenangan pahit.
    Melatih minda melupakan kenangan pahit perlulah diaplikasikan secara berterusan. Anda akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Kita seharusnya memisahkan hubungan di antara perasaan kini dengan emosi yang lalu bagi menetapkan azam dan fokus kepada keluarga, rakan-rakan, kerjaya, cita-cita dan masa depan. Anda tidak dapat melupakan semua memori pahit secara serentak, maka haruslah dilakukan secara berperingkat dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

    2. Buang perasaan risau yang melampau.
    Ada dua kesan dari sikap risau yang melampau, pertama ia menarik masalah dan musibah dan yang kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Perasaan risau yang melampau boleh membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa malah takut. Anda haruslah belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang melampau.

    3. Belajar rajin bersyukur.
    Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada, misalnya ucap syukur kerana anda masih boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur dan juga mempunyai kawan rapat yang memahami. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda.

    4. Belajar menjadi pemaaf.
    Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (seperti takut, sedih, kecewa, marah, cemburu dan dendam). Ia juga dapat meneutralkan gelombang fikiran negatif yang terdapat di minda anda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu atau anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajarlah menjadi seorang pemaaf dan ia dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif dan menarik ketenangan datang pada diri anda.

    5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
    Ketawalah apabila terdapat perkara yang menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tontonlah video yang lucu atau baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara semulajadi. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

    6. Ubah fikiran
    Kita tidak boleh mengubah situasi yang membuatkan kita kecewa, sedih dan murung tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, tetapi anda harus mencari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Fikiran yang buruk akan mendapat akibat yang buruk. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat atau dikenali ‘Law Of Attraction’.

    7. Keraskan hati.
    Keraskan hati anda bermaksud hati anda mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya dan lafazkan dengan nada berbisik, relaks dan tidak terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda dan tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, lebih baik dari sebelumnya.

Kaunseling

  • Proses perhubungan atau interaksi yang professional untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlansdaskan etika kaunseling.
  • Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek berikut:-
    1. Pembangunan
    2. Pencegahan
    3. Pemulihan
OBJEKTIF PERKHIDMATAN KAUNSELING
Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk :
  1. Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
  2. Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.
  3. Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.
  4. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.
  5. Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.
  6. Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
  7. Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
  8. Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
DIMANAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING DIJALANKAN ?
Pertemuan anda dengan kaunseling akan diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa.
Kaunselor Anda Adalah Seorang Yang:-
  1. Sedia mendengar semua persoalan anda.
  2. Menerima anda tanpa syarat.
  3. Menerima dan merahsiakan apa yang ada perkatakan.
  4. Menghormati anda sebagai individu.
  5. Sedia berjumpa anda bila-bila masa.
BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN
Perkhidmatan ini dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok.
Kaunseling Individu   : pertemuan anda dengan kaunselor anda
Kaunselor Kelompok  : pertemuan anda dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan kaunselor anda.

PROGRAM
  1. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAM)
  2. Mentoring
  3. Program Pencegahan
  4. Kempen Kesedaran
  5. Program Peningkatan Kendiri

Thursday 13 October 2011

mahu kelihatan cantik???

Tips Kecantikan Wajah


Secara umumnya wanita harus menjaga kulitnya dari berbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah berikut ini:


• Cuci tangan yang bersih sebelum menyentuh wajah Anda


• Lakukan cleansing kulit wajah pada pagi dan malam hari: Perlu dilakukan di malam hari – meski Anda tidak ber-makeup, karena wajah mudah dinodai oleh polusi. Perlu pula dilakukan pada pagi hari, karana kulit anda mengeluarkan lemak dan kotoran pada malam hari


• Di malam hari, luangkan waktu untuk memijat kulit untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran sel-sel pada kulit. Picitan lembut selama dua menit bisa menghilangkan keletihan, menyantaikan wajah dan memberi kecerahan kulit.


• Banyaklah minum air putih.
Untuk kulit kering:


• Berilah kesenangan setiap saat.


• Ubah jenis produk perawatan kulit sesuai musim, iklim, dan gaya hidup Anda: lingkungan ber-AC, kehidupan di alam terbuka


• Mulalah menggunakan produk perawatan anti-ageing, segera setelah petanda penuaan muncul. Hal ini kerap terjadi lebih cepat untuk jenis kulit anda (utamanya di area sekitar mata)


• Hindari mandi dengan air panas, ada baiknya memakai bath oil
Untuk kulit sensitif:


• Hangatkan dulu produk perawatan di genggaman tangan sebelum anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok


• Sebaiknya gunakan jari jemari daripada katun wol, kain atau tisu.


• Pilihlah produk perawatan kulit anti-ageing tergantung pada kondisi kulit,  dan musim.


• Leher, mata, dan tangan anda boleh mengurangkan kecantikan penampilan, jadi kembalikan mereka dengan perhatian yang sangat special.


• Di setiap pagi yang menyulitkan, janganlah ragu buat menggunakan produk kecantikan yang sesuai, yang boleh melembutkan permukaan kulit.


• Sering terkena sinar matahari langsung, boleh menyebabkan kedut dan noda di kulit.
Untuk kulit berminyak


• Lakukan perawatan peeling pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu.


Tips Kecantikan Dalaman



1. Minum banyak air...minum..minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga  kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.


2. Bersenam ! Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.


3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok??Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan??


4. Tidur yg cukup...Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg  bersih


6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.


7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.


8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.


9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik,  pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


10.Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Manusia sebagai Hamba Allah


Posisi manusia di alam atau kehidupan dunia ini, juga merupakan tujuan penciptaan manusia oleh Allah SWT, adalah sebagai hamba ('abdi'). Sebagai hamba, tugas utama manusia adalah mengabdi (beribadah) kepada Sang Khaliq; metaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Hubungan manusia dengan Allah SWT bagaikan hubungan seorang hamba (budak) dengan tuannya. Si hamba harus sentiasa patuh, tunduk, dan taat atas segala perintah tuannya. Demikianlah, karana posisinya sebagai 'abdi', kewajiban manusia di bumi ini adalah beribadah kepada Allah dengan ikhlas sepenuh hati (Q.S. 2:21, 98:5, 52:56).
Ibadah bererti 'abada' yang  mengabdikan diri, menghambakan diri. Ibadah dalam erti sempit ialah aktiviti keagamaan ritual seperti solat, puasa, dan haji.
Dalam erti luas, ibadah adalah melaksanakan hidup sesuai dengan syariat Islam; aktiviti ekonomi –seperti berdagang, politik, seni, dan lainnya sesuai dengan nilai-nilai Islam. Semua perbuatan baik yang mendatangkan manfaat bagi diri dan orang lain adalah ibadah atau amal soleh.
Seorang Muslim harus memahami benar posisinya di hadapan Allah sebagai 'abdi' ini. Pemahamannya itu harus terwujudkan dalam perilaku Islami, karena secara ideal, seseorang yang mengaku Muslim, dirinya telah benar-benar ter-shibghah (tercelup) kedalam “celupan Allah”, yakni syariat Islam.
Muslim yang sudah ter-shibgah, segala perilaku kesehariannya berpedoman pada ajaran Islam, setiap gerak langkah dan perbuatannya “dikendalikan” oleh syariat Islam, sehingga ia selalu berbuat kebaikan dalam segala hal.Wallahu a’lam.*